• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Api Jarak Paling Jauh Di Dunia Antara China-Sepanyol

oleh
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Perkhidmatan kereta api Yiwu-Madrid memecah rekod laluan tren paling panjang di dunia mengatasi Trans-Siberian Railway Rusia yang beroperasi sejak 1916.

MADRID – Sebuah kereta api barang antarabangsa semalam muncul menjadi tren pertama terus dari China yang tiba di stesen utama ibu kota Sepanyol dalam satu percubaan untuk mewujudkan operasi perkhidmatan tetap berjadual antara dua negara tersebut.

Kereta api itu dilaporkan berlepas dari Yiwu, sebuah hab borong barangan pengguna terbesar timur China di wilayah Zhejiang; pada 18 November lalu sebelum menempuh perjalanan lebih 13,000 kilometer dalam masa 21 hari dengan melintasi enam buah negara.

Ia sekali gus memecah rekod perjalanan kereta api paling jauh di dunia yang selama ini dipegang Trans-Siberia Railway meliputi jarak 9,289 kilometer menghubungkan ibu kota Rusia, Moscow dengan Vladivostok di penghujung timur jauh Siberia sejak 1916.

Menteri Kerja Raya Sepanyol, Ana Pastor berkata, laluan Yiwu-Madrid itu 10 hari lebih cepat berbanding pengangkutan barang melalui kapal laut malah paling murah dari segi kos selain amat mesra alam dan buat permulaan, sebanyak 40 buah gerabak digunakan.

Kereta api barang pertama dari China tiba di stesen utama Madrid dalam usaha mewujudkan semula ‘laluan sutera’ baharu antara Timur dan Barat.

Perjalanan sulung merentasi Kazakhstan, Rusia, Belarus, Poland, Jerman dan Perancis itu membawa bertan-tan barang permainan kanak-kanan dan peralatan pemotong manakala perjalanan pulang membawa bekalan minuman wain, minyak zaitun dan daging babi.

Gabenor wilayah Zhejiang, Li Qiang berkata, pelaksanaan tren barang terkini itu antara strategi memajukan ‘laluan sutera’ baharu dan kebetulan Madrid sudah dikenali sebagai hab pengedaran barangan antarabangsa untuk masuk ke benua Afrika dan Amerika Latin.

China sebelum ini sudah pun ada perkhidmatan kereta api barang terus ke Jerman melibatkan laluan antara bandar raya Chogqing dengan Duisburg, hab pengangkutan komersial Eropah dan Beijing dengan Hamburg, kota raya kedua terbesar Jerman. – Agensi

Tags: BeijingChinakereta apiMadridSepanyoltren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

Tren Tergelincir di Stesen Chan Sow Lin, Semua Penumpang Selamat

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd