Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Selepas 13 Tahun, WTC...

13 tahun lalu pada tanggal 11 September 2001, seluruh dunia digemparkan dengan serangan...

Kes Denggi Di Kelantan...

KOTA BAHARU - Kelantan mencatatkan penurunan kes denggi sebanyak 83 peratus kepada 1,746...

Pasar Karat Meriahkan Malam...

BATU PAHAT - Pekan Rengit di daerah Batu Pahat biasanya sunyi tetapi tiba...

Melaka Komited Rintis Pelbagai...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka terus komited untuk menjadi perintis dalam melaksanakan pelbagai...

Kerajaan Cari Kaedah Terbaik Bantu Pekebun Kecil Getah

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mencari kaedah terbaik bagi membantu kira-kira 400,000 pekebun kecil yang merosot pendapatan mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu sekarang, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan terdapat pekebun kecil getah yang hidup dalam kesusahan akibat penurunan harga komoditi itu sehingga tidak mampu membayar bil elektrik bulanan.

“Mekanisme bantuan untuk jangka masa pendek atau panjang akan dibincangkan dalam mesyuarat pada 15 Dis ini yang akan turut melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan nasib pekebun kecil telah meminta supaya diperincikan cara-cara dan kaedah bantuan walaupun harga getah ditentukan pasaran antarabangsa.

“Tindakan segera perlu diambil untuk membantu mereka,” katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.


Pada perhimpunan itu, Mohd Shafie mengingatkan warga kementerian dan agensi di bawahnya supaya meningkatkan prestasi kerja masing-masing dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khususnya di luar bandar.

Beliau turut mengingatkan warga kementerian supaya berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Kita perlu bersedia lebih awal dalam keadaan yang ada pada hari ini. Ini kerana kita perlu banyak memberi perkhidmatan kepada masyarakat bukan sahaja bantuan prasarana tetapi tajaan biasiswa untuk pelajar di luar negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori