• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Pahang, Johor, S’gor Tidak Banyak Berubah

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor masih tiada perubahan setakat ini.

Jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan di Pahang kekal 33,225, Johor 328 dan Selangor 33 berbanding pagi tadi.

Setakat 3 petang, tiada maklumat terkini diperoleh mengenai jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan kecuali 151,072 orang yang direkodkan pagi tadi.

Di PAHANG, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang, Kuantan (3,046), Pekan (4,873), Maran (3,479), Jerantut (6,025) , Bera (1,491) dan Lipis (2,299).

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata 328 mangsa banjir daripada 84 keluarga itu berada di sembilan pusat pemindahan di Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.

Di SELANGOR, 33 mangsa banjir dari beberapa kampung di Klang itu ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 32,782 orang berbanding 33,292 orang pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, lebih 500 daripada 21,738 mangsa di Kemaman dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir beransur surut tengah hari ini.

Bagaimanapun, bilangan mangsa di daerah lain tidak berubah iaitu Dungun 10,138, Hulu Terengganu (149) dan Kuala Terengganu (759).

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat tengah hari ini turun sedikit kepada 7,540 orang berbanding 7,813 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap MKN Perak, bilangan mangsa di Perak Tengah ialah 4,132, Kuala Kangsar merangkumi Sungai Siput (2,371), Hulu Perak (788) dan Kerian (293).

Dalam pada itu, portal banjir negeri Kelantan menyatakan paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih di atas paras bahaya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=3cmmrLd4je0

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd