• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Penerokaan Haram Akan Dibersihkan Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Pihak berkuasa akan bertindak memastikan ladang pertanian yang dibuka secara haram di Cameron Highlands dibersihkan sepenuhnya daripada aktiviti itu, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Beliau berkata pemantauan akan dilakukan secara berterusan dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan.

“Bila perkara ini berlaku, ini yang menimbulkan masalah iaitu menjejaskan alam sekitar dan ekologi yang menyebabkan masalah tanah runtuh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan ‘Ops Gading’ di Blue Valley di sini, hari ini.

Beliau berkata penerokaan tanah secara haram bukan hanya berlaku di Blue Valley, sebaliknya ia turut dikesan di beberapa kawasan di Cameron Highlands.

Mengulas mengenai ladang sayur yang diusahakan secara haram di Blue Valley, katanya ia melibatkan kawasan seluas 18 hektar, yang mana 10 hektar telah dibersihkan.

Mohamed Thajudeen berkata:”(Operasi) ini bukanlah mudah, kita berada di atas puncak bukit yang mana puncak ini tidak sesuai menjadi tempat untuk (kegiatan) pertanian.

Selepas kawasan ini dibersihkan, pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memperbaiki tanah ini dengan menanam semula pokok untuk memulihkan kawasan ini kepada asal.”

Ops Gading melibatkan 300 anggota daripada 16 agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara.

Setakat ini, seramai 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di Blue valley ditahan oleh pihak berkuasa dalam Ops Gading yang bermula Khamis lepas dan operasi itu akan diteruskan di kawasan lain yang dikenal pasti terlibat dengan penerokaan tanah secara haram.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd