• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Johor Siap Sedia Hadapi Banjir Gelombang Ketiga

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Johor bersedia dari segi aset dan anggota untuk menghadapi gelombang ketiga banjir yang dijangka melanda negara awal bulan depan.

Pengarah Pertahanan JPAM Negeri Johor, Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata buat masa ini, banjir di negeri ini agak terkawal dengan anggotanya ditempatkan di setiap pusat pemindahan yang aktif.

“Kita mempunyai 280 anggota yang bersedia digerakkan dalam masa tiga jam pertama selepas banjir berlaku. Selain dari itu, kita ada seramai 600 anggota untuk digerakkan bagi menghadapi banjir,” kata beliau kepada pemberita mengenai persediaan JPAM menghadapi gelombang ketiga banjir.

Mat Zin berkata demikian pada acara melepaskan bantuan kemanusiaan bencana banjir ke Kelantan yang turut disertai Ahli Kelab Rentas 4×4 Johor, di Ibu Pejabat JPAM Negeri Johor di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Dari segi aset, beliau berkata JPAM Johor mempunyai 25 buah bot pelbagai jenis, sembilan buah pacuan empat roda, 10 buah ambulans dan sembilan lori yang boleh digunakan untuk operasi banjir.

Buat masa ini, mangsa banjir di Johor adalah seramai 172 mangsa dari 42 keluarga yang kini ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu dua di Batu Pahat dan empat di Segamat.

Sementara itu, penghantaran bantuan ke Kelantan merupakan fasa pertama bantuan yang melibatkan dua lori JPAM dan 20 buah pacuan empat roda yang membawa bekalan makanan seperti beras, gula, susu, makanan dalam tin, barangan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, tuala wanita, telekung, kain pelekat dan sejadah.

Fasa kedua dan ketiga bantuan akan melibatkan penghantaran bantuan ke Terengganu dan Pahang. – BERNAMA

Tags: BanjirJPAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd