• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Politikkan Isu Pembelian Bas ‘Amphicoach’

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Isu pembelian bas amfibia ‘amphicoach’ yang boleh bergerak di darat dan air oleh kerajaan negeri Terengganu tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dimahukan.

“Kerajaan negeri telah membayar deposit 50 peratus dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak 600,000 euro untuk sebuah amphicoach.

“Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran di laman sosial tentang kenderaan itu yang masih tidak kelihatan dalam musim banjir ini.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Katanya mengikut perancangan, selain untuk tujuan pelancongan di Tasik Kenyir, kenderaan amfibia itu juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya pengangkutan darat tidak dapat digunakan kerana laluan dinaiki air.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.

“Spesifikasi yang kita mahukan ialah boleh memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120 kilometer sejam,” katanya.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

Ketika musim tengkujuh pula, ia akan digunakan untuk memindahkan penduduk terjejas banjir di kawasan yang tidak berarus deras ke tempat yang lebih selamat. – BERNAMA

Tags: BanjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd