• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pandang Ringan Kegiatan Ajaran Sesat

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan seluruh lapisan umat Islam di negeri itu, supaya sentiasa peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat kerana dikhuatiri akan memecah belahkan keharmonian sejagat.

Baginda bertitah jika semua pihak tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran sesat, pengaruhnya yang bergerak secara kecil-kecilan pada mulanya dibimbangi mampu berkembang hingga sukar dibendung.

“Perkembangan ajaran sesat boleh mengelirukan serta memesongkan akidah umat Islam di negeri ini. Akibatnya, umat Islam akan berpecah belah, hidup dalam suasana persengketaan dan tidak dihormati oleh masyarakat lain,” titah baginda sebelum merasmikan Masjid Ar-Ridhuan, Simpang Empat, Jeram di sini.

Baginda turut menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula perlu memastikan penceramah dan tenaga pengajar berkenaan agama Islam mempunyai tauliah yang diiktiraf, selain mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Titah baginda, Jais juga perlu mengawasi semua aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dan diambil tindakan serta merta, sebelum gejala itu semakin berleluasa.

“Beta ingin mengingatkan sekali lagi kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid serta umat Islam di daerah ini, supaya sentiasa berwaspada terhadap mereka yang cuba mempengaruhi umat Islam untuk mengembangkan fahaman atau ajaran Islam yang sesat seperti difatwakan Jabatan Mufti dan Jais.

Laporan atau aduan bolehlah dikemukakan kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid untuk dikemukakan kepada Jais atau berurusan terus dengan Jais,” titah baginda.

Sultan Selangor turut menyeru umat Islam di negeri itu supaya menggunakan masjid dan surau sebagai tempat kondusif untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat. – BERNAMA

Tags: Ajaran SesatSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd