• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waran Tangkap Yusuf Al-Qaradawi Satu Penganiayaan – JAKIM

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan tuduhan kononnya ulama tersohor, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi terlibat dengan militan dan menyeru kepada keganasan sebagai tidak berasas.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mutapha berkata, tindakan undang-undang melibatkan waran tangkap (Notis Merah) oleh polis antarabangsa (Interpol) ke atas ulama itu merupakan satu penganiayaan.

“Perkara ini bukan sahaja akan mengundang sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Beliau merupakan seorang tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam.

“Kami juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas. Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh kumpulan militan ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar Syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Othman berkata, semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan Yusuf Al-Qaradawi sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dunia.

Katanya, ulama itu seorang tokoh ilmuan dan memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan beliau yang bersifat kontemporari dan sentiasa menjadi rujukan dan pengikut yang ramai.

Malah, katanya, Malaysia pernah menobatkan ulama itu sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 berdasarkan kriteria yang jelas antaranya keilmuan beliau, kesederhanaan yang beliau praktiskan selari dengan ajaran Islam termasuklah menghormati sistem demokrasi yang harmoni.

“Sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak. Kami mencadangkan agar pihak berkenaan menarik balik Notis Merah yang dikeluarkan terhadap Yusuf Al-Qaradawi,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=nCaqD2X_s7g

Tags: Jakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd