Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

30 Pekerja Nepal Disumbat...

KOTA BHARU: Status penginapan pekerja asing di kebanyakan tempat di seluruh negara kekal...

Aidilfitri: Malindo Tambah Kekerapan...

KUALA LUMPUR - Malindo Air akan menambah kekerapan penerbangan bagi destinasi domestik terpilih...

Nahas Pesawat: Laluan Keluar...

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah...

Nelayan Pahang Sangkal Pendapatan...

KUANTAN - Persatuan Nelayan Negeri Pahang (Pernepa) menyangkal dakwaan anggota politik pembangkang bahawa...

Google: J Law, Kardashian & Zellweger Paling Banyak Dicari

ENJIN carian Google telah mengeluarkan senarai selebriti Hollywood yang paling banyak dicari pada tahun ini dan aktres muda, Jennifer Lawrence mengungguli carta buat julung-julung kalinya.

Dengan kemunculan filem blockbuster The Hunger Games: Mockingjay Part 1 serta kisah percintaan tak menjadi dengan vokalis Coldplay, Chris Martin, tak hairanlah Jennifer mengungguli carta ini melebihi rakan-rakan selebriti lain.

BACA:  SENARAI SELEBRITI PALING BANYAK DICARI 2013

Berada di bawah kedudukan Jennifer ialah sosialit terkenal, Kim Kardashian yang tahun ini namanya sering jadi sebutan disebabkan majlis perkahwinan mewahnya dengan rapper terkenal, Kanye West serta kegilaannya berbogel untuk sebuah majalah, baru-baru ini.

Penerbit filem dan pelakon kelahiran Perancis, Julie Gayet, 42, pula berada di kedudukan ketiga selebriti yang paling banyak dicari, mungkin disebabkan gosip dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan Presiden Perancis, Francois Hollande.

Sementara pelakon gred A, Renee Zellweger tersenarai dalam carta ini selepas membuat kemunculan semula dengan mengejutkan peminatnya menerusi perubahan wajah yang sangat berbeza daripada sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC 

Top 10 Selebriti Hollywood Yang Paling Banyak Dicari 2014

j law

1. Jennifer Lawrence (pelakon)

kim

2. Kim Kardashian (sosialit dan bintang siri realiti Keeping Up with The Kardashians)

julie

3. Julie Gayet (pelakon dan penerbit filem)

tracy morgan

4. Tracy Morgan (pelakon dan pelawak)


renee

5. Renee Zellweger (pelakon)

jared

6. Jared Leto (pelakon dan vokalis band 30 second to mars)

lorde

7. Lorde (penyanyi)

matthew

8. Matthew McConaughey (pelakon)

amal

9. Amal Alamuddin (peguam, isteri George Clooney)

donald

10. Donald Sterling (ahli perniagaan dan peguam)

Oleh:  JULIANA JOHAR 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori