• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Beli Arak, Sharnaaz Ahmad Anggap Ia Gosip Membosankan

oleh AK-47
10/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon Sharnaaz Ahmad melihat isu penyebaran gambar dia menolak troli yang diisi dengan beberapa tin arak sebagai satu gosip membosankan.

Kejadian itu berlaku di sebuah pasaraya di Jepun.

Sharnaaz atau nama sebenar Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata isu itu sengaja diada-adakan seolah-olah ingin mencari kesalahannya.

MENARIK – Peminat Tanya, Beer Siapa Dalam Troli Tu Sharnaaz? 

“Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronok kan?

“Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan..,” katanya.

Mesej ringkas Sharnaaz dilaporkan di laman Mstar Online hari ini.

Screenshot_2014-12-09-13-46-35

Semalam, banyak blog hiburan memaparkan gambar Sharnaaz membeli-belah di pasaraya berkenaan bersama artis dan juga blogger Hanis Zalikha serta seorang lagi pelakon Mimi Lana.

Dalam gambar itu, troli yang dibawa mereka dilihat terisi pelbagai makanan dan minuman tetapi troli yang dilihat seperti milik Sharnaaz turut mengandungi beberapa tin arak jenama terkenal di Jepun.

Sharnaaz yang kini muncul dalam drama Suamiku Encik Sotong berkata, gosip itu langsung tidak menjejaskan dirinya memandangkan isu itu ditimbulkan masyarakat luar.

“Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu,” tegasnya.

Sementara itu, Sharnaaz kini sedang berada di Okinawa, Jepun bagi menjalani penggambaran drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa bersama aktres Hanis Zalikha dan Mimi Lana.

Drama tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro Mustika. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Trailer Darama Suamiku Encik Sotong

http://youtu.be/aD9Ko1HFNL4

Tags: Artisdrama melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd