• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Rasmi 4 Sekolah Khas Rohingya Di Myanmar

oleh
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Lawatan rasmi bekas Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa (tengah) ke wilayah Rakhine pada 2013 lalu berjaya membina hubungan baik dengan pemerintah Myanmar bagi membantu masyarakat Rohingya. – Gambar hiasan

NAY PYI TAW – Ketika agensi kemanusiaan antarabangsa termasuk dari Malaysia sukar beroperasi membantu etnik Rohingya di Myanmar, Indonesia pula secara senyap berjaya mencipta sejarah unik terhadap minoriti Muslim itu dengan cara tersendiri.

Agensi berita rasmi Indonesia, Antara semalam melaporkan, pemerintah negara umat Islam paling ramai di dunia itu tanpa sebarang publisiti akhirnya mampu menyiapkan empat buah sekolah khas Rohingya di wilayah bergolak Rakhine yang didiami masyarakat itu.

Wakil Menteri Luar Negeri Indonesia, Abdurrahman Mohammad Fachir merasmikan empat sekolah bantuan pemerintah republik itu awal minggu ini yang dibangunkan dengan dana kira-kira AS$1 juta (RM3.5 juta) sejak 2012 dan siap sepenuhnya pada Jun lalu.

“Saya sangat bahagia sekali gus terharu melihat senyuman polos dan wajah ceria serta semangat tinggi. Mereka begitu bersemangat menimba ilmu yang dipelajari dalam waktu kurang dari tiga bulan,” ujar Fachir kepada wakil Antara di sini pada Isnin lalu.

Bekas Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi dan Mesir itu berkata, ada sekitar 400 murid di semua sekolah terbabit yang terletak di kampung Thaykan dan Sanbalay, daerah Minbya; kampung Mawrawaddy, Maungdaw; serta kampung Buthidaung, Thapyaygone.

Majlis perasmian dibuat berpusat di Thaykan yang memerlukan tiga jam perjalanan menaiki bot laju dari Sittwe, ibu kota Rakhine; dengan acara pemotongan riben, pembukaan selubung nama sekolah, pelepasan belon ke udara dan persembahan tarian oleh pelajar.

Acara tersebut juga disaksikan Duta Besar Indonesia ke Myanmar, Ito Sumardi; Menteri Sempadan Myanmar, Thet Naing Win; Ketua Menteri Wilayah Rakhine, U Maung Maung Ohn; dan wakil-wakil agensi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Myanmar

Projek sekolah khas untuk etnik Rohingya itu dilaksanakan susulan kunjungan bekas Menteri Luar Indonesia, Raden Mohamad Marty Natalegawa ke Rakhine pada Januari 2013 dan lawatan rasmi bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akhir April 2013. – Agensi

Tags: MyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd