Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jangan Kunjung-Mengunjung, Ziarah Kubur...

PUTRAJAYA - Orang ramai diingatkan tidak mengunjungi dan menziarahi tanah perkuburan pada Hari...

Polis Tahan Suami Isteri,...

IPOH - Polis Perak berjaya menahan sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah serta...

Pengurangan Denda Reda Kebimbangan...

KOTA BHARU – Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan...

Isu Banglo: SPRM Sah...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Ketua Menteri Pulau...

IMAM Hantar Dua Tan Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir

SEPANG – Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) hari ini menghantar sebanyak dua tan barangan berupa makanan, minuman, lampin pakai buang, tuala wanita serta ubat-ubatan kepada mangsa banjir di pantai timur.

Sumbangan dihantar pagi tadi dengan kerjasama syarikat penerbangan Malindo Air yang menyediakan pesawat komersial Malindo jenis 737-900ER.

Presiden Imam Dr Azlan Helmy Abd Samat berkata semua barangan tersebut yang bernilai RM8,000 adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak lima hari lepas.

Beliau berkata bantuan hari ini turut melibatkan tiga doktor dengan dua daripada mereka dihantar ke Terengganu dan seorang ke Kelantan dengan menaiki pesawat penerbangan Firefly.

FW354480_PTJ06_261214_IMARE
SEPANG: Simbolik penyerahan barang perubatan dan keperluan asas diserahkan kepada Pengurus Stesen Malindo Air Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Shshrul Nazly (tengah) oleh Islamic Medical Association of Malaysia Response and Relief Team (IMARET) yang diwakili oleh Pegawai Strategiknya, Dr Azlan Helmy Abd Samat (berdiri, depan, tiga kiri) untuk bantuan mangsa banjir di pantai timur di sini hari ini. – Foto BERNAMA

“Kita telah memberikan bantuan sejak 3 minggu lepas (3 Dis) termasuk bantuan doktor serta barangan keperluan lain seperti air mineral,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.


Katanya bantuan yang telah diberikan setakat ini mencecah hampir 10 tan barangan keperluan yang bernilai RM40,000 hasil sumbangan orang ramai.

Sementara itu, Pengurus Sokongan Pemasaran Malindo Air Azman Zanoo berkata bantuan penghantaran itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Sejak Selasa lepas, Malindo Air memperuntukkan ruang kargo dalam pesawat komersialnya yang boleh memuatkan kira-kira dua tan barangan untuk dihantar kepada mangsa banjir di pantai timur,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori