• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Demam Denggi: Pengantin Nikah Di Hospital

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Pasangan pengantin baharu yang telah enam tahun menyulam cinta tidak menyangka terpaksa dinikahkan di Wad Bunga Raya 2 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini selepas imam yang menikahkan mereka disahkan menghidap demam denggi.

Pasangan Mohd Nor Akhmal Maksom, 29, dan Yusmani Rahmat, 28, pada mulanya membuat persiapan untuk majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab yang sepatutnya berlangsung semalam.

Bagaimanapun Mohd Nor Akhmal berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ketua Kampung Tanjung Kerayong, Abdul Mubin Ismail majlis tersebut terpaksa dibuat di Hoshas selepas Imam 1 Masjid Besar Mentakab, Mohamad Azmir Al-Rashid dimasukkan ke Hospital petang kelmarin akibat demam denggi.

“Saya sebenarnya tidak tahu perkara ini, baru pagi ini saya dimaklumkan sebaik tiba bersama rombongan pengantin lelaki dari Meru, Klang.

“Kami akur dengan perkara ini asalkan majlis ini dapat berlangsung dengan sempurna, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” katanya yang tiba bersama 10 kereta dari Klang semalam.

Sementara itu pengantin perempuan, Yusmani Rahmat berkata, perkenalan mereka bermula melalui laman sosial dan akhirnya selepas enam tahun dia diijabkabulkan.

“Kami bekerja kilang di Shah Alam, berlainan syarikat tetapi sama-sama bekerja dan tinggal di sana. Selepas kahwin kami akan tinggal dan memulakan hidup di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Yusmani berkata, dia anak kedua dari lapan beradik, yang mana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

Katanya, pada majlis diadakan semalam, dia menerima wang hantaran RM5,000 berserta lima dulang hantaran dan membalas tujuh hantaran kepada pihak lelaki.

“Saya sangat gembira dan tidak sangka pada hari kami bergelar raja sehari mencipta sejarah buat Hoshas dan kampung kelahiran saya,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Kerayong Abdul Mubin Ismail yang turut hadir pada majlis itu turut merakamkan penghargaan kepada pihak hospital yang beri kebenaran majlis tersebut dilangsungkan di Hoshas. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=-iFNN9uf_nw

Tags: Imampengantin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Kedah Tiada Hasrat Dedah Nama Pasangan Nikah Di Thailand

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

23/03/2024
0

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin, 62, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd