• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ifa Raziah Alami Jangkitan Paru-Paru

oleh Ahmad Albab
29/12/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Akibat batuk berterusan hampir sebulan, penyanyi Ifa Raziah disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, dia ditahan di pusat perubatan berkenaan sejak petang Sabtu lalu bagi mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

“Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik.

“Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya,” ujarnya kepada mStar Online.

ifa1

Rakan artis Roslan Shah turut menziarahi Ifa Raziah di Pusat Perubatan Colombia.

Dalam pada itu, Ifa berkata, hal tersebut juga telah menjejaskan sesi latihannya untuk persiapan ke program akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung pada 4 Januari depan.

Dia juga tidak dapat memastikan sama ada mampu pulih sepenuhnya untuk terlibat pada pertandingan akhir tersebut.

“Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza.

“Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=z9BpBAl6XvA

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd