• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Redah Banjir 2Km Untuk Pulang Ke Rumah

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Seorang ibu tunggal yang sedang bekerja di pekan Kuala Berang tekad mengharungi banjir dengan berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk pulang di Kampung Batu 23 di sini apabila dimaklumkan rumahnya dilanda banjir malam tadi.

Siti Halimah Salleh, 44, yang bekerja di kedai dobi berkata dia terpaksa meredah arus banjir paras lutut selepas dimaklumkan oleh anak lelaki tunggalnya yang berumur 21 tahun bahawa rumah mereka mula dinaiki air 11 malam tadi.

“Ketika itu saya berada di tempat kerja di pekan Kuala Berang dan anak menelefon saya untuk pulang segera ke rumah kerana paras air naik semakin tinggi di rumah kami,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan mangsa banjir di Batu 23 di Kuala Berang, di sini hari ini.

Katanya sebaik sahaja sampai di kawasan rumah dia mendapati arus air terlalu deras dan keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai cuba menyelamatkan harta benda masing-masing.

Menurutnya paras air naik dengan cepat sehingga rumahnya separuh tenggelam dan dia dan anaknya tidak sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting dan perkakasan rumah.

Tinjauan Bernama di sekitar lokasi kejadian hari ini mendapati jalan yang menghubung Kampung Batu 23 ke pekan Kuala Berang terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sebanyak 122 mangsa banjir daripada 34 keluarga di Kampung Batu 23 kini ditempatkan di pusat pemindahan itu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd