• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak Turun: Peniaga Diminta Turunkan Harga Barang

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berharap pemilik syarikat, pengilang, pengedar dan peruncit menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga petrol.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97 yang dijangka pada kadar lebih rendah, malam ini.

“Dari segi harga barang, apabila minyak naik 20 sen, harga barang naik. Ini dah sebulan minyak turun, tidak nampak pergerakan harga barang menurun.

“Saya mengharapkan peniaga bertanggungjawab melaksanakan amanah untuk turunkan harga barangan keperluan rakyat kerana di tangan rakyat ada kuasa untuk menentukan kelangsungan perniagaan mereka (peniaga),” katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan banjir di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengguna mempunyai kuasa untuk memilih barangan dan memboikot sesuatu barangan itu.

“Pengguna ada kuasa, sekiranya mereka gunakan kuasa itu akhirnya yang rugi peniaga. Apabila perkara ini berlaku ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, lebih baik kita menggunakan prinsip menang-menang, pengguna dapat barang murah, peniaga pun ada untung,” katanya. Mengenai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pada musim banjir, beliau berkata ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. “Sekiranya kawasan itu masih boleh dilalui pembekal ayam…ayam tidak patut naik harga sampai RM30 kecuali sesuatu kawasan itu terputus hubungan.

“Tetapi ada kawasan yang tidak banjir pun, tiba-tiba naik harga barang, itu mengambil kesempatan dalam kesempitan dan perbuatan sedemikian tidak berkat,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ua71vvwKEoE

Tags: Ahmad Maslanpeniaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ribut Jangmi: Betul Ke Akan ‘Hentam’ Pantai Timur Esok?

Next Post

Khalid Ibrahim Nafi Dakwaan Beli Undi Oleh Bekas MP Kapar

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

Next Post

Khalid Ibrahim Nafi Dakwaan Beli Undi Oleh Bekas MP Kapar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd