Pengumuman harga terbaru petrol di Malaysia sudah tentu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah memberi gambaran awal mengenai harga runcit petrol RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa mulai 2015.
Perkara ini dilihat menerusi akaun Twitter nya yang bertarikh 30 Disember 2014, iaitu pada hari ini.
Beliau telah memaklumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 ke RM1.95 seliter mulai Khamis, 1 Januari 2015.
Menerusi Tweet yang sama, beliau juga mengharapkan para peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga runcit bahan api tersebut.
Bagaimanapun, harga runcit Petrol dan Diesel untuk Januari 2015 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok, bersamaan 31 Desember.
Harga bagi RON95 buat masa ini adalah RM2.30 seliter manakala diesel adalah RM2.20 seliter selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi minyak November lalu.-MYNEWSHUB
Oleh: hzqahmd


