• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hapuskan Pegangan Tempatan, Cadangan Boris Johnson

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Bandar London Boris Johnson mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghapuskan dasar yang memerlukan syarikat perkhidmatan luar negara mendapatkan rakyat tempatan sebagai rakan kongsi.

“Saya cadangkan lebih banyak perkara dilakukan Malaysia, bahawa syarikat perkhidmatan (asing) ditubuhkan secara langsung sesebuah negara dan tidak perlu mendapatkan rakan kongsi tempatan.

“Dengan rendah dirinya saya cadangkan kamu pertimbangkan perkara ini,” katanya dalam majlis ucapan Khazanah Global malam tadi.

Beliau dalam rangka lawatan tiga hari ke Kuala Lumpur.

Najib dan isterinya Rosmah Mansor, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultanah Zara Salim turut hadir.

Sebelum ini dalam lawatannya, Johnson telah berpeluang melihat kepesatan bandaraya Kuala Lumpur apabila melawat sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Beliau diiringi oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Sri Ahmad Phesal Talib.

Johnson turut merasai pengalaman menaiki LRT dari Stesen Masjid Jamek ke Stesen Abdullah Hukum untuk menghadiri sesi dialog di Setia International Centre di Bangsar.

Untuk menghadiri sesi dialog berkenaan, Johnson turut mengayuh basikal bersama delegasi lain ke lokasi program yang tidak jauh dari stesen LRT berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kuala lumpurLondon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd