• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gua Musang – Dah 6 Hari Takda Bekalan Makanan, Air, Api!

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG (Bernama) — Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus bekalan makanan selain elektrik dan air sejak enam hari lepas kerana bantuan tidak dapat disalurkan, kata Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata bantuan sukar disalurkan berikutan semua jalan masuk ke daerah berkenaan dinaiki air menyebabkan ia terputus hubungan manakala helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan polis juga tidak dapat pergi ke sini berikutan kedudukan awan terlalu rendah.

“Jadi bantuan tidak dapat disalurkan dan bukannya sebab kita tidak mahu membantu,” katanya kepada pemberita selepas misi menghantar bantuan Biro Kebajikan Umno Malaysia ke Parlimen Gua Musang di sini hari ini.

Abdul Azeez yang sebelum itu berlepas dari Pangkalan TUDM di Kuantan, turut membawa bersama tiga tan bekalan makanan untuk mangsa banjir di daerah berkenaan.

Katanya sebaik sahaja jalan Kuala Lipis melalui Merapoh ke Gua Musang dibaiki malam ini, dua buah lori kontena akan membawa pelbagai bekalan keperluan dan makanan kepada mangsa banjir di daerah itu.

Beliau berkata barangan tersebut adalah hasil sumbangan Biro Kebajikan Umno Malaysia serta badan bukan kerajaan (NGO).– BERNAMA

VIDEO: Penduduk akui banjir paling buruk di Gua Musang

Tags: BanjirGua Musang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd