• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fauziah Nawi Lebih Tenang Jadi Juri Pencetus Umah

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Fauziah Nawi memberitahu hatinya lebih tenang apabila terlibat dengan program keagamaan iaitu Mimbar Pencetus Ummah musim kedua yang bersiaran setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis.

Fauziah berkata, program tersebut berbeza dengan program hiburan yang biasa disertai kerana dia lebih banyak belajar tentang agama islam.
“Program ini membuatkan hati saya cukup tenang dan secara tidak langsung saya dapat belajar tentang agama melalui apa yang peserta sampaikan.

“Saya menganggap ia adalah jalan yang ditentukan Allah supaya saya terlibat dalam program keagamaan ini pada usia yang sudah sebegini,” ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah Nawi bertindak sebagai Murabbi (fasilitator/juri) bersama Ustaz Haslin Baharim dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Tambahnya, perasaan yang dirasakan apabila seseorang peserta terkeluar pada sesebuah episod berbeza dengan progran realiti lain.

“Biasanya saya akan rasa sedih dan menangis apabila ada peserta yang kita anggap boleh pergi jauh terkeluar awal, namun program ini berbeza.

“Semua peserta tidak mahu saya rasa sedih kerana sudah memberitahu bahawa mereka reda jika terkeluar pada episod itu,” ujarnya.

Program realiti Mimbar Pencetus Ummah musim kedua bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=9BRuKJ5f4Ug

Tags: ArtisFauziah Nawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd