• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Mahu Kerusi Timbalan Speaker Tambahan DUN Selangor

oleh AK-47
02/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas parti DAP gagal merebut kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini, PAS tetap mahukan kerusi berkenaan melalui desakan agar diwujudkan satu lagi jawatan.

Kemahuan itu dizahirkan dalam Konvensyen DAP Selangor semalam, memetik laporan Agenda Daily.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, berkata parti itu mahukan satu jawatan lagi diwujudkan untuk Timbalan Speaker DUN Selangor dan dikhususkan untuk wakil DAP pula.

BACA – Rebut Kerusi Timbalan Speaker… DAP, PAS Makin Ganas Bercakar

Menurut beliau, bukan menjadi niat parti itu mahu menidakkan fungsi PAS menduduki jawatan itu tetapi DAP cuma mahukan jawatan tambahan.

Tony berkata, biarpun DAP terus setia dalam Pakatan Rakyat dalam konflik pelantikan Menteri Besar Selangor tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dapat lebih kerusi dalam komposisi Exco Kerajaan Negeri.

Proses pengundian jawatan Timbalan Speaker DUN berlangsung dalam sidang DUN 24 November lepas di mana DAP turut meletakkan calonnya sendiri iaitu ADUN Sekinchan Ng Suee Lim.

Pada asalnya, kerusi berkenaan sudahpun dipersetujui dikhususkan untuk wakil PAS.

Pengundian dimenangi ADUN Bangi dari PAS Dr Mohd Shafie Ngah tetapi kesemua 14 ADUN DAP mengundi calon mereka.

Difahamkan perbuatan DAP mencalonkan Ng teleh menyebabkan rasa tidak senang dalam PAS Selangor.

Bagaimanapun, PAS memilih untuk terus berdiam kerana suara politik dalam negeri Selangor parti itu kini tenggelam ekoran PKR dan DAP saling bersama-sama bekerjasama dalam isu Menteri Besar sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adunDAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

PRN Johor: Mampukah BN Tawan Semula DUN Penggaram?

02/07/2026
0

BATU PAHAT - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menyaksikan DUN Penggaram sekali lagi menjadi antara kerusi yang paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd