• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Pembunuhan 134 Pelajar Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Tentera Pakistan menembak mati seorang komander Taliban yang dipercayai merupakan salah seorang dalang kepada pembunuhan 150 orang dalam serangan ke atas sebuah sekolah awam tentera di Peshawar, kata pegawai kelmarin.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Saddam’ itu ditembak mati malam Khamis lalu dalam satu pertempuran dengan pasukan tentera di Khyber yang terletak bersempadan dengan barat laut bandar Peshawar.

“Komander Saddam yang merupakan salah seorang militan digeruni terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan tentera di bandar Jamrud di Khyber,” kata pegawai tinggi pentadbiran tempatan, Shahab Ali Shah pada sidang akhbar di Peshawar.

Pakistan dikejutkan dengan tragedi pada 16 Disember lalu apabila enam anggota Taliban menyerang sekolah awam kendalian tentera dan membunuh 150 orang termasuk 134 orang pelajar di sekolah itu.

“Dalam kejadian itu, enam anggota Taliban cedera dan telah ditangkap,” kata Shahab lagi.

Tambah beliau, Saddam dipercayai merupakan orang yang bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas sekolah terbabit. Bagaimanapun, sejauh mana penglibatan beliau dalam kejadian itu masih tidak diketahui.

“Pihak berkuasa sedang menyoal siasat anggota militan yang cedera,” katanya.

Jelas beliau, Saddam merupakan seorang komander penting kepada kumpulan Taliban Pakistan atau lebih dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan dan dia merupakan dalang kepada beberapa serangan bom.

Sementara itu, tentera memberitahu berjaya membunuh 39 militan Taliban dalam serangan udara ke atas kawasan bergolak di daerah Orakzai berdekatan sempadan Afghanistan pada petang Jumaat lalu.

“Serangan udara di Waziristan Utara itu membuahkan hasil apabila 39 anggota militan terbunuh termasuk beberapa pemimpin utama.

“Tempat simpanan peluru dan sistem terowong bawah tanah tempat persembunyian mereka juga berjaya dimusnahkan,” kata tentera dalam satu kenyataan. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=GQo1j_G-i7I

Tags: Pakistantaliban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd