• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Thailand Lepaskan Air Empangan Palsu – MKN

oleh AK-47
22/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dakwaan yang mengatakan bahawa pihak berkuasa Thailand kononnya melepaskan air dari empangan mereka dinafikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dakwaan itu tersebar dan dikatakan akan menyebabkan seluruh negeri Kelantan akan ditenggelami air.

Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, maklumat yang disebarkan itu aalah palsu selepas MKN mendapat maklumbalas daripada pegawai Thailand di Narathiwat.

MENARIK – Rumah Hanyut Ke Jalan Akibat Banjir Di Kelantan

“Pegawai di Narathiwat memaklumkan tiada empangan dibina di Sukirin dan empangan terdekat adalah di Munok. Bagaimanapun, empangan berkenaan sentiasa ditutup.

“Kita sentiasa menjalinkan hubungan rapat dengan negara berkenaan dan mereka akan memaklumkan terlebih dahulu sekiranya mahu melepaskan air empangan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, keadaan banjir di pantai timur masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi ini berbanding 19,186 orang malam tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga di Kota Bharu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam tadi.

Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus bertambah kepada 5,229 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding 3,861 orang sebelum ini.

Pertambahan jumlah mangsa banjir itu berikutan limpahan air Sungai Golok, Rantau Panjang yang kini mencatat bacaan10.27 meter melepasi paras bahaya 9 meter.

Keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat masih berlaku terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun sedikit apabila 860 orang di beberapa daerah mengambil kesempatan pulang ke rumah masing-masing selepas air di kawasan kediaman mereka surut semalam.

Menurut portal MKN Terengganu, dengan perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah mangsa yang kini masih berada di 100 pusat pemindahan menurun kepada 6,746 orang berbanding 7,508 malam tadi.

Bagaimanapun, Besut masih lagi menjadi kawasan paling terjejas dengan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,459 daripada 736 keluarga, diikuti Dungun 2,281 orang (608 keluarga) dan Kemaman 1,295 orang (345 keluarga), Hulu Terengganu 429 orang (123 keluarga), Setiu 124 orang (30 keluarga), Kuala Terengganu 118 orang (28 keluarga) dan Marang 40 orang (12 keluarga). – MYNEWSHUB.CC

Video Banjir Di Pasir Puteh

http://youtu.be/tH8HQwPObxc

Tags: BanjirThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd