• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Darurat Diisytihar Di Kelantan Tidak Benar

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dakwaan kononnya negeri Kelantan telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan banjir buruk melanda negeri itu adalah tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

“Kita belum isytihar apa-apa setakat ini, bagaimanapun masyarakat perlu berjaga-jaga.
”
Pihak polis sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir dan usaha menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh semua agensi kerajaan berkaitan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Beliau menegaskan keadaan banjir di Kelantan masih lagi terkawal.

Katanya setakat ini, jalan untuk ke negeri Kelantan hanya boleh dilalui menggunakan udara manakala laluan darat melalui Terengganu.

Mazlan berkata masyarakat perlu berhenti menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir di negeri itu kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

“Orang ramai mengambil peluang membuat maklumat palsu dan kita menasihatkan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Kuala Krai.

“Helikopter sedang digunakan untuk memantau mangsa banjir yang terperangkap dan ia juga menunjukkan arah kedudukan mangsa kepada bot penyelamat.

“Jadi orang ramai perlu memberi isyarat seperti mengibarkan kain atau apa-apa sahaja kepada pihak berkuasa bagi memudahkan proses menyelamat,” katanya sambil menambah bot-bot juga ditempatkan di kawasan tertentu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Pray For Pantai Timur’ Jadi Tumpuan Media Sosial

Next Post

Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd