• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Tersirat, Perebutan Kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik pertelingkahan perebutan kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang melibatkan PAS dan DAP.

Pada asalnya, kerusi itu dikhususkan oleh PAS tetapi pada pemilihan Isnin lepas, DAP tiba-tiba meletakkan calon mereka menentang calon PAS.

Calon PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah ditentang oleh ADUN Sekinchan dari DAP Ng Suee Lim.

BACA – DAP Mahu Kerusi Timbalan Speaker Untuk Halang Hudud!

Ng kalah pada pemilihan itu tetapi kesemua 14 ADUN dari DAP menyokong Ng.

Perbuatan DAP meletakkan calon dilihat mencetuskan kemarahan para penyokong PAS kerana memahami kerusi Timbalan Speaker diberikan kepada mereka sebagai balasan jumlah kerusi Exco mereka telah dikurangkan kepada tiga dari empat.

Memetik laporan di laman web Agenda Daily, semalam Ng sudah mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum ini pernah menjanjikan jawatan itu akan diberikan kepada DAP.

Ahad lepas, Pengerusi DAP negeri Selangor Tony Pua dalam Konvensyen Negeri DAP mahu satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN diwujudkan khas untuk DAP.

Ng yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor bertegas bahaw parti itu tetap mahukan jawatan itu dan akan terus mendesak.

Beliau membuat kenyataan itu kepada wartawan di luar sidang DUN Selangor di Shah Alam semalam.

Ng turut mengungkit berkenaan betapa setianya DAP kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd