Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Polis Perlis Lumpuhkan Kumpulan...

KANGAR - Polis Perlis percaya dapat melumpuhkan satu kumpulan pecah rumah dikenali dengan...

Peningkatan Suhu Fenomena El...

KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu yang melanda negara...

Suhaimi Hanya Terima Jadi...

BUKIT MERTAJAM - Suhaimi Sabudin, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil...

Polis Tahan Seorang Lelaki...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berumur 20-an susulan insiden kekecohan semasa...

CEO Baharu MAS Perlukan Sentuhan Ajaib – Nur Jazlan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS) yang baru Christoph Mueller dilihat amat memerlukan sentuhan ajaib untuk memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

Syarikat itu kini mengalami masalah dari segi operasi perniagaan serta pasaran industri berada dalam situasi sukar untuk dibaikpulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan berkata, pelantikan orang asing untuk mengemudi MAS dilihat sebagai pilihan terakhir kerajaan dalam usaha memulihkan MAS.

BACA – ‘Orang Malaysia Bodoh’, Komen Tun M Isu CEO MAS Baru

“Saya berharap beliau akan dapat melakukan keajaiban untuk memulihkan MAS sebab syarikat itu sekarang banyak masalah dari segi operasi perniagaan dan sebagainya.

“Keadaan pasaran industri penerbangan sendiri, jangan sampai kerajaan terpaksa mengadakan undang-undang khas iaitu Akta MAS untuk memulihkan MAS dan sekarang ini mengambil CEO dari luar negara yang menafikan bakat-bakat CEO yang ada di Malaysia. Saya harap langkah-langkah drastik ini akan memulihkan MAS,” katanya.

Nur Jazlan sebelum itu menghadiri kempen kemaskini penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pusat Khidmat Parlimen Pulai di Johor Bahru hari ini.

Jika dilihat dari rekod Mueller, beliau berjaya memulihkan syarikat penerbangan AER Lingus ketika menyertainya pada September 2009.

“Apabila dimiliki oleh kerajaan, kerajaan akan menampung pembiayaan syarikat penerbangan ini setakat mana yang boleh tetapi apabila syarikat penerbangan itu bermasalah kerajaan akan bertindak memulihkan syarikat penerbangan itu.

“Jadi bila dalam keadaan ini timbul masalah lebihan kapasiti. Semua syarikat penerbangan kerana matlamat nasionalnya dia nak membesarkan syarikat penerbangan mereka.


“Ini akan menyebabkan lebihan kapal terbang, kerusi dan sebagainya. Ini bukan lagi dikira ancaman low cost airline yang begitu meluas di Asia Tenggara yang berkembang.

“Ini belum lagi ancaman daripada syarikat penerbangan Timur Tengah yang sekarang ini sudah mula memindahkan hub penerbangan antara rantau ini dan Eropah ke Timur Tengah seperti Dubai, Abu Dhabi dan sebagainya.” katanya memetik laporan laman web Astro Awani.

Mueller dilantik sebagai CEO mas yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2015 di bawah pelan pemulihan MAS.

Selain Mueller, Khazanah turut mengumumkan pelantikan CEO dan Pengarah Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

MAS mengalami kerugian teruk ekoran dua tragedi membabitkan dua buah pesawat miliknya iaitu MH370 dan MH17 dalam tempoh 5 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video – Penerbangan AER Lingus

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori