• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bela Nasib Bekas Tentera.. Presiden PVATM Dicadang Ke Dewan Negara

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi memudahkan masalah dan keluhan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disuarakan untuk perhatian kerajaan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya telah mencadangkan presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) dilantik anggota Dewan Negara.

Beliau berkata dengan jumlah keanggotaan PVATM yang ramai iaitu 355,000 orang di seluruh negara, kementerian berpendapat persatuan itu perlu mempunyai wakil yang boleh menyampaikan suara mereka di Dewan Negara.

“Kepentingannya (pelantikan anggota Dewan Negara) ialah suara mereka (veteran) dapat kedengaran di Dewan Negara, kalau setakat Menteri Pertahanan sahaja (yang suarakan) saya bimbang orang tidak meletDakkan kedudukan veteran kita pada tempat sewajarnya.

“Tapi saya perlu memohon dan memberi maklum kepada Perdana Menteri terlebih dahulu kerana keputusan (untuk melantik) itu adalah keputusan beliau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negara ke-89 PVATM, dekat sini hari ini.

Ketika ini presiden PVATM ialah Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau juga telah meminta Ketua Setiausaha kementeriannya untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membuat kajian terperinci dan mendapatkan formula terbaik bagi menambah baik aspek kebajikan serta menentukan hala tuju veteran ATM.

“Pembelaan veteran ATM adalah agenda yang tidak boleh dipinggirkan, sebab itu diwujudkan jawatankuasa ini yang akan melibatkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Perhebat), Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang sesuai untuk menambah baik khususnya dalam soal kebajikan veteran ATM perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukan bermusim.

Katanya, isu kebajikan juga memerlukan kerjasama di peringkat kerajaan negeri, misalnya berkaitan masalah perumahan yang memerlukan kita mengenal pasti tanah yang boleh dibangunkan rumah untuk golongan veteran.

“Saya yakin kerjasama antara pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri, jika dilihat sebagai satu perancangan yang menyeluruh dan jelas, saya percaya pembelaan dalam erti kata sebenar dapat diterjemahkan untuk veteran,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd