• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Peminjam Tegar PTPTN, Silalah Bayar Hutang Segera

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam masa kurang dua minggu dari sekarang, 173,985 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, tindakan tersebut akan berkuatkuasa secara automatik bermula Januari 2015.

Memetik kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, “Jangan kata kami tidak beri masa kepada mereka, kerana PTPTN telah menunggu terlalu lama untuk mereka tampil berjumpa dengan kami.

“Jika diambil dari tahun 1998 peminjam tegar itu, kini sudah 16 tahun berlalu. Jadi janganlah anggap apa yang kami lakukan itu kejam atau sengaja, ini sistem biasa yang diguna pakai oleh sistem perbankan lain.”

Menurutnya lagi, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak PTPTN bagi memudahkan peminjam termasuk menawarkan insentif bagi menarik minat mereka melunaskan tunggakan hutang.

Sejak pengumuman tindakan CCRIS pada 5 November lalu, kutipan pembayaran balik meningkat mendadak iaitu sebanyak 66 peratus.

“Setakat akhir November lalu, seramai 18,253 peminjam tegar PTPTN telah tampil berhubung dengan kita, malah ada buat bayaran penuh kerana mahu menikmati diskaun 20 peratus yang ditawarkan.”

Ketika ini, pihak PTPTN sedang menggalakkan peminjam untuk mengubungi mereka bagi merebut peluang tersebut di samping bertukar kepada pembayaran ujrah yang hanya mengenakan upah 1 peratus. – MYNEWSHUB.CC

Isu Peminjam PTPTN Yang Dibincangkan Dalam Slot Khas Di Berita Awani

Tags: HutangPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd