• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Kelantan Cadang Helikopter Bawa Masuk Bot Penyelamat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan bercadang untuk menggunakan helikopter bagi membawa masuk bot penyelamat ke kawasan bencana banjir.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Hussin Ab Rahman berkata alternatif itu dipertimbangkan berikutan bot tidak dapat melalui kawasan yang arus sangat deras.

Beliau berkata pihak bomba bercadang meminta bantuan khidmat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan itu.

“Bagaimanapun ia perancangan awal pihak bomba. Ia tertakluk kepada situasi dan sebolehnya kita akan cuba membawa masuk bot menggunakan jalan darat iaitu dengan lori kerana ia lebih mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini helikopter milik jabatan sedang membuat pemantauan di kawasan yang teruk terjejas banjir khususnya di Kuala Krai, terutama untuk mengesan mangsa banjir yang mungkin terkandas.

Hussin berkata penduduk di sekitar Kota Baharu diminta bersedia menghadapi kemungkinan air banjir naik mendadak.

“Ini kerana banjir di Gua Musang semakin buruk dan limpahan air mungkin akan turun ke daerah ini.

“Semua kena bersedia, pihak kami telah membuat persediaan dengan menempatkan bot di kawasan yang telah dikenal pasti,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd