• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Mungkin Kurangkan OPR, Kata UBS

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada 2015, memandangkan kejatuhan harga minyak dapat menampung tekanan ke atas inflasi.

Bank pusat itu menaikkan OPR pada Julai 2014 kepada 3.25 selepas menetapkan kadar tiga peratus sejak 2011.

BNM pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari September lepas, memutuskan untuk mengekalkan kadar itu.

Ahli ekonomi kanan Asean dan India dari USB Singapura, Edward Teather, berkata inflasi Malaysia dijangka tidak tinggi, kira-kira 3.9 peratus tahun depan.

Ini katanya lebih rendah daripada jangkaan kerajaan iaitu sebanyak 4.5 peratus.

Perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada April 2015 akan menyebabkan peningkatan inflasi, namun kejatuhan harga minyak akan meminimumkan kesan berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk sektor bukan minyak, katanya.

Pada 2015, harga minyak mentah dijangka berada pada purata US$70 setong dan US$80 pada 2016, kata Teather.

“Tahap hutang isi rumah yang tinggi bermakna BNM tidak akan memulakan pusingan pengurangan kadar utama.

“Pada masa yang sama, pendapatan kerajaan akan berkurangan disebabkan jumlah pendapatan yang lebih rendah daripada pendapatan minyak, sekali gus mengehadkan kemampuannya untuk menyokong ekonomi,” katanya pada persidangan menerusi telefon hari ini.

Bank itu juga menganggarkan inflasi akan berkurangan kepada 2.5 peratus pada pertengahan 2016.

Kerajaan Malaysia juga mampu mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak tiga peratus pada tahun depan walaupun persekitaran ekonomi agak mencabar.

“Jika purata harga minyak mentah berada sekitar US$70 dan US$75 setong, kerajaan boleh menangani situasi ini, dan sasaran defisitnya akan dapat dicapai,” kata Teather.

Beliau berkata ringgit dijangka mencecah paras 3.50 berbanding dolar US menjelang akhir 2015 walaupun pada kadar yang lebih perlahan, sekiranya mata wang Asia meneruskan aliran menurun berbanding dolar.

“Kami berpendapat, harga minyak yang semakin stabil dan kemampuan para pelabur Malaysia membawa pulang modal dari luar negara, akan membantu menstabilkan mata wang,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd