• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berantakkan! PAS Dan PasMa Makin Tak Sehaluan

oleh Ahmad Albab
31/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, hubungan PAS bukan sahaja bergolak antara rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) tetapi juga antara pemimpin dalam parti itu sendiri.

Seperti semua sedia maklum, pertubuhan NGO PasMa yang dikepalai oleh Datuk Pahrolrazi Zawawi dikritik hebat oleh pemimpin tertinggi yang mana mereka sepakat melarang ahli PAS menyertai pertubuhan tersebut.

Terbaru, PasMa atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia memutuskan untuk tidak lagi menghantar jemputan kepada PAS bagi menghadiri program anjurannya berikutan larangan yang dikeluarkan pimpinan pusat agar ahlinya tidak terlibat dengan PasMa.

Menurut Pahrolrazi yang juga Presiden PasMa, bagi menghormati arahan tersebut, mereka kini memutuskan untuk hanya menghantar jemputan kepada PKR dan DAP dalam melibatkan diri dengan program anjuran mereka.

PasMa yang juga NGO pro Pakatan Rakyat berkata, mereka kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga, bukan daripada PAS Pusat sendiri.

PHAHROLRAZI_MEETING_241114_TMIAFIFRAIEZAL_01

“Sepatutnya, selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami,” kata Pahrolrazi seperti yang disiarkan portal Sinar Harian.

Ujarnya lagi, pihaknya turut kecewa dengan PAS kerana PasMa sering memberikan kerjasama baik terhadap PAS termasuk menghadiri mesyuarat, menerangkan matlamat mereka.

Namun, selepas dari siri pertemuan tersebut, tiada maklum balas yang diterima dari pihak PAS.

“Sebelum ini kita sudah bersemuka dengan pimpinan tertinggi PAS bagi menerangkan matlamat PasMa sebenar. Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan. Namun setelah mereka bermesyuarat, tiada sebarang respon yang kami terima.”

Pada 15 Disember lalu, satu surat pekeliling dari PAS Pusat telah dikeluarkan dengan membuat larangan terhadap semuanya ahlinya untuk melibatkan diri dengan aktiviti PasMa bagi memelihara keutuhan parti.

 

Naib Presiden PAS Larang Ahli Sertai PasMa

 

Tags: pakatan rakyatPASPASMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd