• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Terbalik, 7 Termasuk Wanita Mengandung Cedera

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Tujuh penumpang termasuk seorang wanita sarat mengandung cedera apabila bas persiaran yang disewa khas terbabas sebelum terbalik di KM47 Jalan Gua Musang-Jeli di sini, awal pagi ini.

Empat daripada penumpang berkenaan yang cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini ialah Nor Adilah Zulkifli, 25, yang sarat mengandung lapan bulan; Rosnah Abdullah, 51; Zulkifli Hassan, 55; dan pemandu bas, Yuzani Yusoff, 28.

Tiga penumpang yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama ialah Wan Nor Amilina Wan Salman, 9, Nor Aida Ramli, 15, dan Ramli Musa, 55.

Nahas berlaku pada jam 3.15 pagi.

Mangsa adalah antara 33 penumpang iaitu keluarga anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi Gua Musang dalam perjalanan pulang dari Kuala Perlis, Perlis selepas percutian ke Langkawi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kemalangan bas itu dan sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Ketua rombongan, Ramli Che Din, 57, berkata ketika kejadian bas tiba-tiba bergoyang dengan kuat menyebabkan semua penumpang tersedar daripada tidur dan diikuti dentuman menyebabkan penumpang menjerit dan melaungkan takbir.

Katanya, pemandu bas sebelum itu ada memaklumkan bas menghadapi masalah brek ketika berhenti rehat di Tasik Banding, Perak dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan dipandu pemandu kedua.

“Mungkin bas mengalami masalah brek menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terbabas sebaik memotong sebuah lagi bas rombongan,” katanya.

Rombongan keluarga KRT taman terbabit menaiki dua bas persiaran ke Langkawi pada malam Khamis lepas dan berlepas pulang dari Kuala Perlis pada jam 3 petang kelmarin melalui Jeli untuk ke Gua Musang. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd