Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

MH370: Serpihan Perkukuh Teori...

BENTONG - Penemuan beberapa serpihan pesawat di sekitar perairan Afrika Selatan yang dipercayai...

Guan Eng Nafi Terima...

BUKIT MERTAJAM - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menafikan kononnya ada...

China Beri ‘Lampu Hijau’...

JOHOR BAHRU - China memberi kelulusan kepada Malaysia untuk mengeksport buah durian Musang...

Zamani Akui Tak Dipaksa...

TAMPIL bertemu media buat kali pertama selepas dibebaskan pada pagi Sabtu, Zamani mengakui bahawa...

Bantuan Tak Dapat Diberi, Mangsa Banjir 4 Hari Tak Makan

Nampaknya situasi terkini yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir dilihat semakin meruncing dan bertambah buruk.

Paras banjir terus mencatatkan peningkatan hingga ada di beberapa buah kawasan sudah ditenggelami air di paras bahaya.

BACA: Lagi Gambar-Gambar Terkini Situasi Banjir Di Kelantan…

Gambar-gambar bencana alam itu terus tersebar di media-media sosial menambahkan lagi kebimbangan rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat di beberapa buah negeri yang hebat diuji malapetaka seumpama ini.

Bantuan penyelamat pula dikerah untuk menyelamatkan mangsa supaya dibawa ke tempat-tempat perlindungan.

Sementara itu, bantuan daripada segi makanan pula diharap dapat diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Malangnya, kondisi yang dilihat semakin parah ini menyebabkan bantuan sukar diberi di beberapa buah kawasan.

Hingga ada mangsa banjir yang memaklumkan kepada sanak- saudara tentang nasib mereka yang sudah tidak makan selama empat hari.

Kisah hiba itu terus mengundang simpati warga media sosial, Facebook yang mengharapkan pihak berkuasa dan penyelamat dapat memberi bantuan di Kampung Karangan Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

Paras air banjir di kampung tersebut dikatakan sudah hampir menutupi bumbung-bumbung rumah kediaman penduduk sekitar.
250589_1575680692664335_2059287501065712453_n (1) (1)


 

Bagaimanapun, setakat ini kami sendiri tidak dapat memastikan sama ada kesemua mangsa dapat diselamatkan atau diberi bantuan sama sekali.

Maklumat ini diperolehi daripada laman Facebook, Info Banjir Kelantan Terengganu yang memuat naik posting tersebut 6 jam yang lalu.

Sementara itu, untuk mengesahkan hal demikian pihak berkuasa bolehlah menghubungi mangsa di talian nombor - 0195906478.

Sama-sama kita doakan semoga bencana banjir ini segera berakhir dan pulih seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BANJIR DI KELANTAN

https://www.youtube.com/watch?v=Grq4XNp-akQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori