• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Puteri UMNO Gerakkan 100 Sukarelawan Ke Perak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kira-kira 100 anggota Skuad Puteri Prihatin yang merupakan sayap sukarelawan Pergerakan Puteri Umno telah digerakkan ke Perak bagi membantu mangsa banjir di lapan lokasi terjejas bencana alam itu.

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata anggota sukarelawan berkenaan akan memberi tumpuan bagi menyalurkan bantuan pakaian dan makanan serta apa sahaja bentuk sokongan kepada mangsa terbabit.

“Untuk Kelantan memang ada kita sudah bantu, sukarelawan daripada Puteri Umno bukan sahaja membantu membersihkan malah membantu di pusat pengurusan banjir.

“Sukarelawan ini dari pelbagai sektor seperti doktor yang ada latar belakang perubatan, psikologi, kerana mereka (mangsa banjir) ini dalam keadaan trauma dan ambil masa untuk dipulihkan semangat mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Program Jom Ke Sekolah anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Lendu di sini yang menyaksikan seramai 215 pelajar menerima sumbangan pakaian dan peralatan sekolah daripada TNB.

Mas Ermieyati berkata pihaknya turut mengalukan mana-mana pihak yang ingin menyumbang agar tampil ke Pusat Gerakan Puteri Umno yang beroperasi 24 jam di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Bantuan yang diutamakan seperti lampin pakai buang dan susu bayi, pakaian dan keperluan asas untuk wanita dan peralatan sembahyang, katanya.

Beliau berkata sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan pergerakan itu boleh menghubungi pejabat Puteri Umno berhampiran. – BERNAMA

Tags: BanjirPuteri UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd