• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Palang Merah Singapura Sumbang RM600,000

oleh AK-47
29/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA-Pertubuhan Palang Merah Singapura (SRC) akan menyumbang RM600,000 kepada misi bantuan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) berikutan banjir buruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Ini merupakan tambahan kepada S$100,000 daripada kerajaan Singapura dan daripada Tabung Bantuan Kecemasan Bencana SRC.

Setiausaha Agung SRC Benjamin William, akan menyerahkan sumbangan Singapura itu kepada Pengerusi PBSM Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman, di ibu pejabat PBSM di Kuala Lumpur esok.

Sumbangan kepada PBSM itu akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barangan yang sangat diperlukan seperti bekalan, peralatan kebersihan diri dan selimut kepada mangsa banjir.

Kira-kira 300 sukarelawan PBSM telahpun digerakkan dan kini turun padang membantu kerja pengagihan bantuan dengan memberi tumpuan ketika ini kepada Kelantan, sebuah daripada negeri yang terjejas teruk.

PBSM mengikrarkan bantuan kepada lebih 160,000 mangsa yang dipindahkan itu.

William berkata: “Sebagai jiran terdekat dan negara sahabat, rakyat Singapura sangat prihatin tentang keadaan banjir di beberapa negeri di Malaysia.

“Kami gembira apabila banyak warga Singapura menemui Pertubuhan Palang Merah Singapura untuk menawarkan bantuan mereka.

“Kami menghulurkan sumbangan ikhlas ini dalam semangat perpaduan dengan rakan kami di Malaysia. Kami berharap banjir akan cepat surut dan dengan semangat kental penduduk yang terjejas, kehidupan akan segera kembali pulih,”
katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan SRC.

Lapan negeri di Malaysia kini dilanda banjir dan SRC akan terus bekerjasama dengan PBSM tentang cara rakyat Singapura dapat turut memberi bantuan.

Bagi mereka yang berhasrat menyumbang, SRC akan menerima sumbangan yang diserah sendiri untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir.

Sumbangan berbentuk cek boleh dibuat kepada ‘Singapore Red Cross Society’, menyatakan ‘Malaysian Floods 2014’, dan menulis nama penderma, maklumat untuk dihubungi di belakang cek dan menghantar melalui pos kepada Red Cross House, 15 Penang Lane, Singapore 236486.

Selain itu, sumbangan wang tunai pula boleh dibuat di Red Cross House, 15 Penang Lane, Singapore 236486, mulai Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang-BERNAMA.

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd