Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati...

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta...

Pengusaha Kafe Siber Ditahan...

TAWAU - Polis menahan seorang pengusaha kafe siber dari Selangor dan merampas lebih...

Game Over Pakatan Harapan

Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar. - MYNEWSHUB

Pegawai, Anggota Polis Di...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail meminta para pegawai...

Banjir Kilat Di Jalan Ipoh, 5 Kereta Terperangkap

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan di ibu negara malam tadi telah mengakibatkan Jalan Ipoh berhadapan Bank Rakyat, Sentul di sini, mengalami banjir kilat dan menyebabkan lima kereta terperangkap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan pada 10.45 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Bomba mendapati jalan tersebut mengalami banjir kilat dan paras air telah naik setinggi pembahagi jalan hingga memerangkap lima buah kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, laman Twitter Informasi Bencana @PortalBencana dan PBanjirKL @PBanjirKL melaporkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air dan mengalami banjir kilat.

Informasi Bencana @PortalBencana melaporkan Kampung Padang Balang berhampiran Sungai Gombak mengalami banjir kilat pada 12.12 pagi dan surut kira-kira sejam kemudian.


PBanjir KL @PBanjirKL pula melaporkan, Kampung Puah dinaiki air sedalam 0.6 meter, Jalan Tun Razak berdekatan bangunan PERKIM, Jalan Rahmat (0.3-0.6 meter) dan Jalan Sentul Manis, Jalan Rahmat dan Jalan Ipoh mengalami banjir kilat. Air mula surut di jalan berkenaan pada 12.11 pagi. – BERNAMA

 

VIDEO BEBERAPA BANJIR DI KL BEBERAPA BULAN YANG LALU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori