• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Kelantan Kian Meruncing, Kedah Makin Pulih

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.

Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di Johor, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di Perlis, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SSelangor, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd