• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Belum Sampai Tahap Isytihar Darurat – MKN

oleh
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Belum ada cadangan mengisytiharkan darurat di negeri-negeri terjejas banjir khasnya di wilayah Pantai Timur walaupun Kelantan dilaporkan teruk dilanda bencana itu, kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Thajudeen Abdul Wahab.

Beliau turut dilaporkan portal Agenda Daily sebagai berkata, helikopter akan digunakan sebagai langkah alternatif pihak MKN bagi mengangkut bot untuk dibawa ke kawasan terputus hubungan laluan darat untuk menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap.

“Helikopter dalam kedudukan siap siaga dan apabila mendapat ‘lampu hijau’, MKN akan terus menghantar bantuan termasuk bekalan makanan, namun berikutan cuaca buruk dan angin kuat, helikopter itu menghadapi masalah untuk mendarat selamat,” katanya.

Malaysia pernah mengalami banjir terburuk sehingga terpaksa diisytiharkan darurat pada 1926 dan 1971 yang ketika itu disebut sebagai bah besar apabila hampir seluruh kawasan darat di semenanjung Malaysia termasuk ibu kota, Kuala Lumpur lenyap ditenggelami air.

Menurut Thajudeen, negara pernah mengalami situasi banjir paling buruk dan menyeluruh di seluruh negara melibatkan lebih daripada 230,000 mangsa yang berpindah pada tahun 2010, selain 140,000 mangsa pada tahun 2006 dan 100,000 mangsa pada tahun 2005.

Khabar angin pengisytiharan darurat pernah berlaku apabila Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dilanda banjir pada Disember 2005 dan kemudian selepas air surut muncul pula sekali lagi gelombang kedua lebih teruk awal Januari 2006 yang meragut 17 nyawa.

Untuk banjir kali ini setakat tengah hari tadi, hampir 59,000 mangsa dipindahkan dengan Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143). – Agensi

Tags: BanjirdaruratMKN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd