• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir : Bandar Temerloh Hampir Lumpuh Dinaiki Air

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika ini, daerah Temerloh di Pahang dikatakan antara kawasan paling teruk dilanda banjir kali ini apabila sebahagian besar bandar berkenaan ditenggelami air.

Laluan di Kilometer 126 dan Kilometer 124 berhampiran susur keluar tol plaza Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan walaupun paras air ada menunjukkan sedikit penurunan sejak jam 7 pagi tadi.

Temerloh merupakan kawasan di mana terletaknya titik tengah Semenanjung Malaysia dan dikatakan menjadi lokasi aliran air dari hulu ke kawasan Kuala Sungai Pahang di Kuantan sekaligus menyebabkan daerah itu kerap dilanda banjir., 

Post by Pesot Bin Yazid.

Daripada sumber penduduk di Temerloh, banjir kali ini merupakan yang terburuk sejak kejadian terburuk pada 1970-an sebelum ini.

Mynewshub.cc menerima gambar yang menunjukkan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dipenuhi air umpama sebuah kolam renang yang besar.

StadiumTemerloh_2

Papan tanda hurut menunjukkan nama Temerloh di tebing Sungai Pahang juga telah tenggelam hampir separuh menunjukkan betapa teruknya banjir yang melanda daerah itu kali ini.

Temerloh_6

Daerah itu merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 19,875 orang daripada 4,831 keluarga dan mereka ditempatkan di 62 pusat pemindahan.

Daerah Maran pula mencatatkan 4,351 mangsa daripada 1,135 keluarga di 32 pusat pemindahan, Kuantan 3,880 mangsa daripada 1,030 keluarga di

17 pusat pemindahan, Bera 2,755 orang 614 keluarga di 19 pusat pemindahan.

Daerah Lipis 2,930 mangsa daripada 712 keluarga di 27 pusat pemindahan dan Rompin pula 166 mangsa 40 keluarga di enam pusat pemindahan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Post by Zaed Aed.
Tags: Banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd