• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bandar Maran Dilanda Banjir Terburuk Dalam 7 Tahun

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
MARAN – Maran dilanda banjir terburuk dalam tempoh tujuh tahun apabila bandarnya dinaiki air kira-kira 1.2 meter malam semalam menyebabkan segala operasi melibatkan premis perniagaan, bank dan beberapa bangunan agensi kerajaan terjejas hari ini.Seorang peniaga, Ngo Kee Chiew, 36, berkata, kejadian banjir malam semalam merupakan yang terburuk pernah dialaminya selepas 2007 semenjak membuka bengkel membaiki kenderaan di sini pada 2002.

“Hujan turun tidak berhenti sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan cepat.

“Sebaik mendapat maklumat jam 11 malam, saya bergegas dari rumah untuk selamatkan barang di kedai, namun tidak sempat kerana air sudah naik paras dada dan kebanyakan jalan tidak boleh dilalui.

“Semasa banjir buruk tahun lepas kita masih sempat selamatkan barang, namun tahun ini, saya kerugian kira-kira RM30,000 kerana kebanyakan barang rosak, ” katanya ketika membersihkan kedainya di sini hari ini.

Tinjauan mendapati antara agensi yang turut terjejas berikutan kejadian banjir malam semalam termasuk Perpustakaan Awam Maran, Jabatan Veterinar, Bank Simpanan Nasional dan CIMB cawangan Maran.

Mangsa banjir, Nur Saida Abd Rafar, 31, berkata, air mula naik di kawasan rumahnya di Taman Maran Jaya kira-kira 3 pagi setelah hujan lebat sejak petang semalam.

“Semasa itu saya sedang tidur, namun terjaga sebaik mendengar bunyi bising jam 1 pagi tadi, menyebabkan saya dan suami hanya sempat mencapai beberapa barangan sahaja untuk disimpan di tempat tinggi.

“Air naik terlalu cepat menyebabkan kami terpaksa meninggalkan rumah dengan segera. Jam 5 pagi tadi saya pergi jenguk rumah, yang nampak hanya bumbung,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Masjid Syakirin, di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob petang ini turut turun padang melawat mangsa banjir di daerah ini yang mencecah sehingga 1,646 mangsa daripada 457 keluarga sehingga jam 4 petang tadi.

Beliau bersama rombongan, terdahulu mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran sebelum melawat pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung Luit yang menempatkan 600 mangsa banjir.- BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd