• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artis Ditahan Ikut Ajaran Sesat Lepas Anak Buat Laporan

oleh AK-47
19/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi  berusia 40-an bersama isterinya, antara yang didakwa menjadi pengikut ajaran sesat  Millah Abraham.

Pasangan ini dikatakan telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disiasat selepas anak lelakinya sendiri membuat laporan.

Artis lelaki yang cukup sinonim dengan aksi meniru artis lagenda ini ditahan minggu lalu di ibu kota sementara kes ini disiasat.

Menurut laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu pelakon berkenaan jadi pengikut ajaran sesat itu bersama ahli keluarganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas mengikut seorang saudaranya yang menyebarkan ajaran itu.

“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.

“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,” katanya.

Malah, ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di rumah artis tersebut, dokumen dipercayai ‘kitab’ ajaran Millah Abraham turut ditemui.

Kini, artis tersebut sedang menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu. –  MYNEWSHUB.CC

Video Ajaran Sesat Millah Abraham

Tags: Ajaran Sesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

31/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd