• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkara Cemburu, Janda Dibelasah Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Dek kerana cemburu, seorang lelaki bertindak memarahi dan membelasah jandanya meskipun mereka sudah berpisah secara sah sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, suspek yang berusia 30-an itu turut bertindak membuat kacau di tempat kerja mangsa, selain tergamak mengeluarkan kata-kata ugutan akan mencederakan dan membunuh bekas isterinya itu, gara-gara berang wanita itu tidak mahu mengikut kehendaknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu, suspek dikatakan telah datang ke tempat kerja mangsa di sebuah kedai keropok, di sini, sebelum mengajak mangsa keluar dengan menaiki kereta pacuan empat roda dipandunya.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 37 tahun itu mengambil keputusan mengikuti sahaja kehendak bekas suaminya kerana tidak mahu suspek membuat kacau di tempat kerjanya selain malu dengan rakan sekerja termasuk majikannya.

“Bagaimanapun, setibanya mereka di Jalan Gong Tok Nasek, di sini, suspek telah meminta mangsa menyerahkan telefon bimbitnya dengan alasan mahu memeriksa sekiranya ada sesiapa menghubungi atau menghantar SMS kepada mangsa.

“Namun, mangsa enggan menuruti kehendak suspek menyebabkan dia mula berang lalu mengugut akan mencederakan bekas isterinya itu sebelum mengambil keputusan menghantar semula mangsa ke tempat kerja,” katanya.

Kata sumber lagi, bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati mula membuat kecoh di tempat kerja mangsa dengan membunyikan hon bertalu-talu menyebabkan suasana bising.

“Malu dengan sikap bekas suaminya itu, mangsa mengambil keputusan mengadu kepada majikannya menyebabkan suspek segera beredar dari situ,” katanya.

Jelasnya, namun kelegaan mangsa selepas melihat bekas suaminya itu beredar tidak bertahan lama apabila suspek kembali semula ke tempat kerjanya kira-kira 15 minit kemudian, dan kali ini membawa bersama anak mereka yang tinggal dengan suspek, sambil membuat kecoh.

“Kali ini, suspek bertindak lebih agresif apabila menjerit-jerit sehingga menyebabkan majikan mangsa terpaksa masuk campur sebelum suspek beredar dari situ,” katanya.

Sebelum ini, Khamis minggu lalu, kira-kira jam 8.30 malam, sumber berkata, suspek turut bertindak memarahi dan memukul bekas isterinya itu di kepala semasa bertandang ke rumah mangsa.

Bimbang akan ugutan bekas suaminya dan tindakan suspek yang memukulnya, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes masih dalam siasatan. – Sinar Harian Online

VIDEO LAIN….

Setelah kematian suaminya, janda 55 tahun ini harus menanggung seluruh tanggung jawab kehidupan

Tags: kes pukul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd