• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Kematian Akibat Ebola Meningkat Kepada 6,388 Orang

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Kira-kira 6,400 orang mati akibat Ebola berikutan pertambahan kes di Sierra Leone, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu melaporkan sebanyak 17,942 kes wabak maut itu melanda lapan negara sehingga 7 Disember lalu sehingga menyebabkan kematian sebanyak 6,388 orang termasuk 15 di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Isnin lalu, WHO melaporkan kematian akibat Ebola ialah 6,346 orang daripada 17,834 kes.

Sierra Leone mencatat sejumlah 397 kes baru sepanjang minggu pada 7 Disember iaitu tiga kali ganda berbanding Liberia dan Guinea.

Negara itu kini mencatat 7,897 kes Ebola termasuk 1,768 kematian.

Sebanyak 133 kes baru dilaporkan di ibu negara Freetown ketika pertambahan berlaku di barat negara berkenaan.

Sierra Leone pada beberapa hari lalu memintas Liberia sebagai negara paling banyak mencatat kes wabak itu dengan 1,319 kes baharu sepanjang tiga minggu sehingga Ahad lalu.

WHO berkata, jangkitan Ebola tetap “mendesak dan kuat” di seluruh negara kecuali di selatan yang sebelum ini paling teruk iaitu di daerah Kenema cuma melaporkan hanya satu kes sejak 1 November lalu.

Liberia yang turut dilanda paling teruk wabak berkenaan menunjukkan penurunan dalam tempoh sebulan lalu.

Data sehingga 3 Disember lalu menunjukkan negara itu mencatat 7,719 kes jangkitan Ebola dan 3,177 kematian. – AFP

Tags: Ebola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

30/12/2018
0

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd