• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Lagi Relevan, Miss World Gugur Pusingan Berbikini

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah beberapa dekat berlangsung, pertandingan ratu cantik Miss World akhirnya menggugurkan pusingan swimsuit atau berbikini yang sebelum ini syarat wajib bagi setiap peserta bertanding.

Menurut wakil Miss World Organisation, Julia Morley, keputusan tersebut dilakukan setelah membuat pertimbangan sewajarnya tentang pusingan yang memerlukan peserta memakai pakaian renang menampilkan tubuh seksi mereka.

elle-julia-morley-h

“Saya sejujurnya tidak tahu apakah kepentingan untuk melihat para jelitawan memperagakan tubuh pada sebarang penganjuran pemilihan ratu cantik.

Ia tidak menyumbang sebarang kepentingan serta faedah baik kepada saya mahupun semua wanita di luar sana.

Kami bukan mahu mencari mereka yang hanya mempunyai bentuk tubuh cantik tetapi mampu jadi suara yang didengari seluruh dunia,” ujar Julia dalam kenyataannya yang disiarkan majalah Elle.

Sebelum ini, pusingan tersebut jadi pertikaian ramai kerana penampilan yang terlalu mendedah dan dilihat mengeksploitasi wanita sebagai simbol seks. Akibatnya, Majlis Fatwa mengharamkan wanita Islam menyertai acara tersebut.

Julia yang kini berusia 70 tahun menambah, dia ingin membuang tanggapan skeptikal masyarakat tentang acara itu yang tidak hanya mencari kualiti fizikal, sekaligus mengubah hala tuju utama pertandingan tersebut.

Lantas, ada pihak yang mengharapkan situasi tersebut bakal mengubah kembali pendirian Malaysia untuk membenarkan wanita Islam menyertai acara tersebut pada tahun yang mendatang.  – MYNEWSHUB.CC

Video Tribute Untuk Peserta Miss World & Miss Universe Dari Malaysia

Tags: islamratu cantik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan PAS Tidak Sama Seperti Diucapkan, Jauh Daripada Akhlak Islam – Bersatu

Tindakan PAS Tidak Sama Seperti Diucapkan, Jauh Daripada Akhlak Islam – Bersatu

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - "Susah nak bekerja dengan orang yang cakap macam ikut ajaran Islam, tapi tindakan mereka tidak sama seperti...

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd