• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Allhamdulillah – Dua Beranak Bergayut Di Pokok Selamat

oleh AK-47
31/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

**Lihat video di bawah sekali untuk mendapat gambaran apa yang berlaku…

DUNGUN — Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di sini selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.

“Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

“Sebaik menerima panggilan, kira-kira jam 11 pagi tadi, 12 anggota bomba dengan kerjasama anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mereka.

“Pasukan menyelamat berjaya menemui mangsa yang keletihan dengan berpeluk pada sebatang pokok dalam kesejukan,” katanya dan menurutnya kedua-dua mereka dibawa ke Kampung Dendang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Shahari, 46, berkata ketika melalui lebuh raya itu pada kira-kira 10.30 pagi tadi, dia terdengar suara lelaki meminta tolong.

Katanya terkejut dengan suara berkenaan dia berhenti dan keluar dari kenderaannya dan melihat dua mangsa berada di atas sebatang pokok dan melambai ke arahnya dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.

“Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah emak mentua saya di Kampung Padang Ping untuk membantu memindahkan ibu mentuanya,” katanya kepada Bernama.– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=kjy4HNZRT5I

DISYORKAN BACA:

Pasangan Hilang Sempat Hantar Mesej Kepada Keluarga

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd