Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Bapa Mengaku Tidak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Sarjan Polis Dipenjara 2...

IPOH - Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM35,000...

440,743 Calon Duduki UPSR...

PUTRAJAYA - Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah...

Pemain Bola Sepak Honduras...

SEORANG pemain bola sepak kebangsaan Honduras terbunuh selepas ditembak di depan sebuah pusat...

Jawapan Win! Dicekup Khalwat, Putri Mardiana Jemput JAIS Minum

Nampaknya identiti pelakon berstatus janda yang dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi tadi sudah terbongkar.

Putri Mardiana, 33, yang pernah popular dengan filem Ngangkung akhirnya mengaku dialah pelakon yang terlibat dalam tangkapan itu.

Namun, penjelasan Mardiana menerusi Malaysian Digest agak menarik pada pandangan kami.

Apa tidaknya, biarpun dicekup, dia masih mampu menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah.

Katanya lagi, ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.

“Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa,” jelasnya.

Seperkara lagi, Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya.

Ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan ‘suami orang’, pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding perceraian di mahkamah hari ini.

“Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

“Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

“Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.

“Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.


“Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat,” katanya.

Fuh, macam drama pula!

Bagi kami, penjelasan Mardiana itu mungkin akan mengundang persoalan adakah punca perceraian teman lelakinya ada kaitan dengan kehadiran pelakon itu dalam rumahtangga mereka?

Atau mungkin kita hanya akan mendapat jawapan klise iaitu, ‘rumahtangga mereka memang sudah bermasalah sebelum kehadiran saya’.

Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini… –MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO LAKONAN PUTRI MARDIANA DALAM FILEM LAGA

 

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori