• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Miss Tourism International Teruja Lihat Keindahan KL

oleh AK-47
25/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 58 peserta Miss Tourism International 2014 dibawa bersiar-siar di sekitar bangunan yang menjadi mercu tanda ibu kota negara, semalam.

Antara kawasan yang sempat dilawati mereka ialah bangunan berkembar tertinggi di dunia, Petronas Twin Towers di mana mereka berpeluang menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari aras 86 yang berketinggian 363 meter.

Selain itu, para jelitawan ini juga dibawa mengunjungi pusat membeli belah terbesar Malaysia, Suria KLCC untuk sesi ‘meet and greet’ selain menyampaikan ucapan perayaan Krismas yang bakal menjelang esok kepada para pengunjung di sini.

miss1

miss2

miss3

miss4

Pertandingan Miss Tourism International yang mula diperkenalkan pada tahun 1994 telah diiktiraf sebagai pertandingan berprestij peringkat antarabangsa dan merupakan salah satu usaha Malaysia untuk mempromosikan negara di mata dunia.

Menurut penganjur pertandingan ini, Tan Sri Datuk Danny Ooi, “pada tahun ini, 58 jelitawan dari 58 negara akan bertanding untuk merebut gelaran Ratu Cantik Miss Tourism International. Malaysia sekali lagi telah diberikan penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 31 Disember ini”.

Peserta yang mewakili Malaysia, Ranjani Rajamanickam, 24, berkata dengan menyertai pertandingan ini dia dapat meluaskan pengetahuannya mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia selain bertanggungjawab mendedahkan tempat-tempat pelancongan menarik dalam negara.

msia
Wakil Malaysia, Ranjani Rajamanickam, 24.

“Sepanjang menyertai pertandingan ini banyak benda baharu saya belajar seperti persahabatan dengan rakan-rakan baharu dari serata dunia, budaya mereka dan sebagainya.

“Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya ketika ditemui Mynewshub, di sini semalam.

Sementara itu, peserta ‘favourite’ pertandingan ini, Miss Filipina, Glennifer Perido, 25, pula pastinya mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya memandangkan dua tahun sebelum ini gelaran itu disandang oleh peserta dari sana.

philipines
Wakil Filipina, Glennifer Perido, 25.

“Semestinya saya mengharapkan kemenangan tetapi sekiranya bukan tuah saya untuk memenanginya, saya tetap gembira untuk rakan-rakan yang berjaya mengondol gelaran itu nanti.

“Saya gembira sekali berada di sini dan sangat terpesona dengan keindahan tempat-tempat menarik di Malaysia antaranya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Langkawi,” katanya.

Antara peserta yang sempat ditemui Mynewshub ialah wakil dari Australia dan Thailand yang menyatakan kekaguman mereka dengan keramahan sikap penduduk Malaysia selain keindahan negara Malaysia itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC

australia
Wakil Australia, Georgia Gibbs, 19.
thai
Wakil Thailand, Warangkanang Wutthayakorn, 22.

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Foto/Video:  RIZA RAZAK 

https://www.youtube.com/watch?v=Lj1zl71ZAS4

Tags: Malaysiaratu cantik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd