Di saat ramai memperkatakan tentang keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan buat kali pertama semalam, tersebar ‘printscreen’ Twitter Perdana Menteri menyatakan periksaan ini akan dimansuhkan pada tahun hadapan.
Hakikatnya berita ini adalah palsu kerana pemeriksaan kami mendapati Dato’ Sri Najib Tun Razak hanya memuatnaik status di Twitter dan Facebook mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam PT3, namun tidak pula mengumumkan sebarang berita pemansuhan PT3 setakat ini.

Semalam, seramai 453,413 calon terdiri daripada pelajar tingkatan 3 di seluruh negara yang menduduki peperiksaan PT3 pada Oktober lalu menerima keputusan mereka.
(BACA: Hafaz Al-Quran Rahsia Pelajar Peroleh 11A Dalam PT3)
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini bagi menggantikan format peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), PT3 dianggap ujian lebih baik untuk menguji minda pelajar kerana berbanding PMR yang lebih banyak memerlukan pelajar menghafal, PT3 menekankan Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTS). – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI
Video menyentuh hati reaksi seorang bapa bila dapat tahu anaknya berjaya dalam ujian Matematik!

