• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai SFC Sarawak Dipecat Bersubahat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dipecat selepas mereka didapati bersubahat dengansyarikat pembalakan melakukan penipuan kepada jabatan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) Sapuan Ahmad berkata kedua-dua pegawai itu dibuang kerja tahun ini, dan menambah beberapa individu lain masih disiasat oleh lembaga siasatan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini selepas menyertai Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, Sapuan berkata jabatan itu tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam aktiviti rasuah atau bersubahat dengan pembalak haram.

Sapuan berkata jabatan itu juga sedang menyiasat dan akan menahan mana-mana anggota yang didapati menyalurkan maklumat kepada pembalak haram.

Katanya terdapat beberapa kes apabila pegawai penguat kuasa jabatan atau polis melakukan serbuan mereka gagal menahan pesalah kerana mereka melarikan diri sebelum pegawai penguat kuasa tiba di tempat serbuan.

Pegawai penguat kuasa JPS dikritik oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berikutan pembalakan haram dan penyeludupan balak yang semakin berleluasa di negeri itu.

Sapuan berkata buat masa ini tiada lesen balak yang dibatalkan.

Beliau berkata jabatan itu menjalankan 177 serbuan di seluruh negeri tahun ini yang menyaksikan 65,407.83 meter padu kayu balak disita bernilai RM32,703,908.60 berbanding 11,216.768 meter padu atau RM5,608,389.20 tahun lepas.

“Jabatan akan meneruskan operasi dan serbuan di kawasan yang kami syaki berlaku aktiviti pembalakan haram,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Senior Asisten Komisioner, Datuk Mohd Jasmani Yusof berkata polis akan bekerjasama rapat dengan JPS menjalankan serbuan di kem dan kolam balak.

Beliau berkata identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan menggesa orang awam menyalurkan maklumat kepada polis atau JPS mengenai kegiatan pembalakan haram. – BERNAMA

Tags: Pembalakansarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd