Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Buka Mata Selepas Dermakan...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu teksi, A. Tiruna, menyedari nilai sebenar menyelamatkan nyawa...

Wanita Bawa Anak Kantoi...

LAGI kes membabitkan seorang wanita mencuri barangan kemas dan kali ini berlaku di...

Pencapaian Kontinjen Negara Di...

SINGAPURA - Kontinjen Malaysia mempamerkan prestasi luar biasa pada Sukan SEA 2015 di...

PRIHATIN Berita Gembira Ditunggu-Tunggu...

BUKIT MERTAJAM - Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada peniaga dan penjaja kecil yang...

2 Lelaki Dicekup Bawa Senjata Berbahaya Ke Final Piala AFF

Dua lelaki ditahan polis selepas didapati membawa senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dua lelaki itu didapati membawa suar dan buku lima yang boleh digunakan untuk menyebabkan kecederaan kepada penonton lain.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 7, Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

MENARIK – Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2014

“Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis,” katanya.

Chong berkata, ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan persembahan hebat skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF.

“Walaupun kalah saya bangga dengan persembahan Harimau Malaya.

“Insya-Allah akan lebih cemerlang di masa akan datang,” kata Najib dalam catatan terbaharu beliau di Facebook dan Twitter.


Malaysia terlepas peluang untuk menjulang Piala AFF Suzuki selepas kalah kepada Thailand dengan agregrat 3-4 setelah final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara susulan kemenangan 2-0 yang diraih pada final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lalu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Twitter beliau turut menyatakan bangga dengan aksi skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Kesedihan skuad Malaysia terubat dengan apabila Safiq Rahim diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol.

Thailand menjulang kejuaraan kali keempat selepas muncul juara tiga edisi terdahulu pada 1996, 2000 dan 2002.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang tunai berjumlah AS$200,000 (RM696,974) dan trofi Piala AFF. – MYNEWSHSUB.CC

Video Perlawanan Akhir Kedua Piala AFF Suzuki Malaysia Lwn Thailand

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori